Monday, July 04, 2016
3

Semalam Yani teruk dikecam natizen bila bebas COD barang pada customer 
saat tak sampai 2 minggu berpantang.




Wah! Gaya viral retis bernatizen bagai...




Yani tak terasa hati pon, mereka tegur untuk kebaikan Yani jugak.

Terasa diri ini disayangi ramai, eceeeehh😬



Tapi ketahuilah natizen semua bahawasanya berjumpa customer, 
berkongsi pengalaman diri dan ilmu produk adalah TERAPI buat Yani



Lagi pon rasa macam tak puas bila beri arahan pada suami dalam wassap ni. 
Ke sebab Yani ni yang kurang sabau🙊



Kalau tengah alahan, 
hilang rasa lemau


Sekarang berpantang tanpa baby di sisi kadang emosi jadi letih.

Terlalu banyak waktu rehat pon masalah jugak.


Sangat berbeza berpantang dengan baby.

Fizikal jadi letih, 
kita perlukan rehat yang banyak.

***



Insyallah, Yani jaga badan Yani sebaiknya. 
Meh nak share sikit cara Yani berpantang dari anak 1 sampai lah yang ke-3 ni



#1
Mandi air serom setiap pagi dan petang 
(campuran daun herba yang best dan menyegarkan badan)


#2
Berwuduk setiap kali lepas mandi
 (untuk kekuatan jiwa)



#3
Sapu minyak herbanika seluruh badan termasuk tapak kaki setiap kali lepas mandi 
(orang lain sapu losyen kita sapu minyak angin, layan je janji sedap badan)



#4
Pakai bengkung kemas-kemas 
(mudahnya bila ada bengkung Opah custome made ni tak perlu mintak bantuan suami dah. 
(Hanya zap zap macam pakai kasut sekolah tu ha) 
Setiap masa berbengkung kecuali masa mandi la😅
Boleh baca selanjutnya Jenis Bengkung Moden yang Yani guna di Syoknya, Bengkung Moden





#5
Pakai stokin dan alas kaki dalam rumah setiap masa



#6
Bertungku 
ilmu bertungku ni Yani baru dapat dengan bidan yang mengurut di HSNZ, 
2 anak sebelum ni takde siapa yang ajar. 
Kali ni Yani dah tahu cara macam mana yang best untuk tungku pada perut. 
Cara nak balut tungku pon di ajar memang sangat best.

#7
Pemakanan CUKUP
Yani amalkan dari anak pertama lagi SET BEPANTANG SHAKLEE, Antara yang membantu adalah memberi tenaga berpanjangan, tak mudah rasa lemau, elak sembelit, elak bengkak susu dan macam-macam lagi yang buatkan diri ni rasa lebih cergas dan produktif.




Ha tu jelah cara simple Yani berpantang. 
Simple sebab dah jadi rutin. 
Kalau ada ibu-ibu nak share cara dia berpantang silakan. 
Sama-sama dapat ilmu baru kan.

***



Ada siapa nak tahu macam mana cara Yani bertungku tu?

***

3 bisikan:

  1. if zie pregnant lagi nanti, nak try cara yani ni :)

    ReplyDelete
  2. Perghhh dah tiga ek.. Tak mampu nak mengejar buat masa sekarang nie

    ReplyDelete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."